Friday, January 11, 2013


Tak Wajar Tuduh Orang Kelantan Pelik



Baru-baru ini seorang wanita menulis di laman Twitternya meminta dijauhkan daripada mendapat suami orang pantai timur, terutama dari Kelantan kerana dikatakan berperangai pelik.

Untuk lebih jelas, ini yang ditulis wanita itu: “Mintak2 dijauhkan la drpd calon suami orang pantai timur ni esp kelantan...tak suka la orang Kelantan ni... pelik2.” Lalu, Twitter berkenaan tersebar di laman sosial Facebook, malah boleh dilihat sehingga kini.
Kata seorang rakan, bijak sungguh wanita itu dan akibat kebijaksanaannya berbakul kata makian diterimanya. Katanya lagi dalam loghat Kelantan, “Mu ingak mu comel sangak...huduh...huduh..huduh” sambil menggayakan babak Jani memarahi Shima dalam telefilem Sebuah Piala Seekor Kambing.

Apakah yang cuba dilakukan wanita itu dengan berbuat sesuatu yang terangan-terangan mampu menimbulkan kemarahan orang lain? Adakah mahu menambah lagi garam di luka? Semai kebencian Penulis katakan demikian kerana sebelum ini, banyak tampalan sama ada di Facebook atau laman web tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu menyemai kebencian kepada orang Kelantan.

Tidak perlulah dinyatakan di sini apa yang tidak disukai pihak berkenaan sehingga ‘ringan tulang’ menulis yang bukan-bukan mengenai orang Kelantan.
Hakikat yang perlu diakui, mana-mana negeri ada penduduknya yang berperangai tidak senonoh, ini tak kena dan itu tak kena dan bukannya hanya orang Kelantan. Bagaimanapun, tidak perlulah meluahkannya di alam siber yang boleh mengundang kemarahan.

Zaman sudah berubah dan orang Kelantan tidak seperti dulu. Mengambil contoh bola sepak, orang Kelantan akan menjadi mangsa tuduhan dengan ungkapan “kalau kalah, mesti nak gaduh...kalau kalah, mesti pecah memecah”. Tidak adil untuk terus mengungkit peristiwa rusuhan di Stadium Sultan Muhammad IV pada April 2009 kerana perbuatan itu dilakukan hanya segelintir penyokong dan bukannya semua orang Kelantan.

Kembali meriah bola sepak Penyokong bola sepak Kelantan kini semakin matang dan bertanggungjawab, malah mereka boleh diibaratkan tulang belakang yang menghidupkan kembali suasana meriah bola sepak di negara ini.
Tidak perlu takut untuk duduk bersama mereka jika menonton bola, walaupun anda penyokong dan memakai jersi negeri anda. Minat terhadap bola sepak pada diri penulis juga kembali membara ketika ditukarkan ke negeri ini pada Mac 2011. Atmosfera bola sepak di negeri ini memang memberi impak, itu belum lagi jika The Red Warriors melangkah ke final Piala Malaysia atau Piala FA.

Jika ada yang mengatakan orang Kelantan masih kuat semangat kenegerian, mengapa pula hendak dipersoalkan? Orang Jawa seperti penulis juga ada semangat Jawa, jika bertemu orang Jawa, seboleh-bolehnya mahu bercakap Jawa.
Penulis bukan orang Kelantan dan bukannya mahu mengangkat orang Kelantan. Apa yang penulis hendak sampaikan, tidak kiralah orang Kelantan, orang Jawa, orang Bugis, orang Banjar, orang KL, orang utara, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.
Perbuatan mencetuskan sentimen kebencian terhadap penduduk negeri lain, apatah lagi di alam siber perlu dihentikan supaya tidak menjadi ikutan. Jangan jadi seperti watak Dollah Jin, juga dalam telefilem Sebuah Piala Seekor Kambing yang menjadi ‘kepalo pengat’ (individu paling samseng dalam kumpulan) dan gemar ‘bergocoh’ (bergaduh) dengan membayangkan dirinya Tony Jaa.

Penulis Ketua Biro Harian Metro Kelantan

Monday, January 7, 2013


Pompersz : Tips Terbaru Buat Duit Dengan Churp-churp

Sebenarnya ada banyak cara buat duit secara online. Daripada dok main facebook tanpa dapat menjana sebarang income, baik guna facebook dan twitter untuk menjana dan menambahkan pendapatan. Hari ini Pompersz nak share cara buat duit dengan Churp-churp nie.

Sebelum nie Pompersz ada post artikel mengenai cara buat duit dengan Blin.gd. Caranya sama jea dengan Churp-churp, hanya perlu siarkan iklan yang disediakan kat facebook, twitter, blog dan etc. Bayaran akan diberikan mengikut unique click yang anda dapat. Pompersz menjana pendapatan sebanyak Rm200 atau lebih dalam masa 1 bulan sahaja, agak lumayan bukan. Anda boleh tengok bukti pembayaran yang telah Pompersz terima di bawah......
                   
                                  >> Cashout Pertama dari Churp-churp -> Hanya 1 Bulan <<

Sekarang Pompersz nk tunjukkan cara buat duit dengan Churp-churp nie....

1st, sign up dahulu dengan churp-churp nie
click di sini untuk sign up

Setelah siap sign up, click Share now..macam pic di bawah


Lepas tu copy link yang diberikan mcm pic kt bawah dan share lah
kt mane2 pn..Facebook ke, Twitter dan etc.


Done...gud luck


Pompersz : Kerana Dia Seorang Ayah


[Kisah Benar sebagai pengajaran dan pedoman buat kalian] 

Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.

Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.

"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.

Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...

oleh: Hamba Allah                                                                                                                             
sumber : ISLAM

Sunday, January 6, 2013


Cashout Pertama dari Churp-churp -> Hanya 1 Bulan

Alhamdulillah...

Akhirnya dapat jugak merasa duit dari Churp-churp nie. Pompersz mengambil masa hampir sebulan untuk mengumpul earning sebanyak Rm200 nie, lumayan kn?? boleh laa buat bayar yuran pengajian, haha, student laa katakan. Sebenarnya ada beberapa tricks nk buat duit dengan Churp-churp nie. Tp Pompersz perlu rahsiakan lagi buat masa nie.. Pompersz ada mendedahkan tricks nie kat beberapa orang kawan, dan hasilnya mereka memang berpuas hati dengan cara tersebut dan menjana hampir Rm30 sehari... Saya ulangi lagi yer Sehari!!!. Kat bawah nie adalah bukti cashout pertama dari churp-churp yang Pompersz telah terima.... :)


Pompersz : Selain Churp-churp dan Says.my


Duit, duit, duit.... Duit bukan segala-galanya, tp segala-galanya perlukan duit. Itulah gambaran yang boleh Pompersz perkatakan pada zaman serba cangih nie. Tapi, kita sebagai umat Islam perlu meletakkan Agama dihadapan melebihi kepentingan dunia, itu lah yang sepatutnya. Allah tak marah kita nak dapatkan kereta besar, rumah besar dan sebagainya... asalkan semua benda 2 tak masuk dalam hati kita sehinggakan kita melupakan akhirat yang kekal abadi. Ingatlah... kesenangan dunia tak lain tak bukan hanyalah kesenangan yang mempendayakan.

Oleh itu, gunalah peluang yang ada sekarang nie untuk buat duit dan buat amal dengan duit tersebut dengan cara bersedekah dan sebagainya...

Ok kat sini Pompersz nk senaraikan media lain yang boleh menjana pendapatan selain Says.my dan Churp-Churp nie..Sebelum nie admin ade post Cara buat duit dengan Blin.gd, bleh ikuti tutorialnya di sini
  1. Blin.gd
  2. zoShare.com
  3. Zuvvu
  4. Gushcloud
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HOT NEWS