Wednesday, April 4, 2012


Perwatakan Berdasarkan Tulisan


Dr Fadzilah Kamsah
Kenal peribadi melalui Graphology (Kajian)
Grapho ertinya tulisan
Logy ertinya bidang ilmu

Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
* Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas. ? Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat

Semua huruf ditulis dengan bulat

* Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper

Tulisan yang angular dan sharp

* Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan

* Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah,suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri

* Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang

iii. Tegak

* Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah

iv. Campur-campur

* Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang

* Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat

* Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor

a) Besar, panjang dan sempurna

* Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna

* Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi

* Tahap aspirasi tinggi

ii. Rendah

* Mudah berpuas hati, cita-cita rendah

iii. Tengah-tengah

* Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana


Install Windows Xp Menggunakan USB Drive(Pendrive)


Dalam banyak-banyak PC atau laptop yang saya perlu format, adakalanya saya berjumpa dengan situasi yang menyusahkan. Salah satu daripadanya adalah, DVD drive tidak berfungsi. Macam mana nak install Windows kalau DVD drive tak boleh dipakai?

Kalau pada PC bolehlah juga saya tukarkan dengan CD-ROM yang elok buat sementara. Tapi kalau laptop, kan susah. Nak beli external CD-ROM mahal pula.

Dalam situasi seperti inilah saya terpaksa belajar sesuatu yang baru. Jadi, pada kali ini saya akan menunjukkan bagaimana anda boleh format komputer menggunakan USB drive. USB drive yang digunakan hendaklah sekurang-kurangya bersaiz 2GB.

(Nota: Bagi proses menyediakan USB drive ini dengan Windows XP, anda memerlukan sebuah komputer yang mempunyai CD-ROM yang berfungsi).

 Software yang diperlukan

* PeToUSB       Download
* BootSect        Download        
* usb_prep8      Download


Langkah Pertama: PeToUSB

Pertama sekali, kita perlu format USB drive menggunakan PeToUSB. Buka PeToUSB dan pastikan pilihan-pilihan berikut:
* Destination Drive: USB Removable
* Enable Disk Format
* Quick Format
* Enable LBA (FAT 16X)

1.Klik pada butang Start untuk format USB drive.


2.Klik butang Yes pada kedua-dua window yang keluar selepas itu.


3.Setelah proses format USB drive selesai, satu lagi window akan keluar dengan mesej “Operation
Completed Successfully”, klik OK pada window tersebut.




Langkah Kedua: BootSect.exe 

1.Untuk melancarkan program BootSect.exe ini, anda harus melakukannya melalui command prompt. Jadi, buka CMD dan terus taipkan path bagi folder bootsect. Sebagai contoh, jika anda extract fail zip tadi ke dalam C:, anda perlu taip: cd C:\usb-windows\bootsect\


2.Kemudian, taipkan: bootsect /nt52 H:


3.Ambil perhatian bahawa H: adalah drive letter bagi USB drive saya. Gantikan H: dengan drive letter bagi USB drive anda. Kemudian, tekan Enter, dan tunggu hingga proses selesai.




Langkah Ketiga: usb_prep8.exe 

1.Untuk melancarkan program usb_prep8.exe, kita harus melakukannya melalui command prompt. Jadi, buka CMD dan terus taipkan path bagi folder usb_prep8. Sebagai contoh, jika anda extract fail zip tadi ke dalam C:, anda perlu taip: cd C:\usb-windows\usb_prep8\


2.Kemudian, taipkan usb_prep8


3.Pengenalan kepada usb_prep8 akan dipaparkan. Tekan apa-apa butang pada keyboard. install-windows-usb-10


4.Skrin seperti di bawah akan dipaparkan:


5.Sekarang, masukkan CD Windows XP ke dalam CD-ROM dan ikuti langkah seterusnya.

 6.Taip 1 dan tekan Enter. “Browse for Folder” akan dipaparkan, pilih CD-ROM Windows XP (atau CD Windows XP yang telah slipstream dengan driver SATA) anda tadi klik butang OK.


7.Taip 2 dan tekan Enter. Masukkan apa-apa drive letter yang belum digunakan (sekiranya T: belum digunakan, masukkan T sebagai drive letter yang akan digunakan sebagai Virtual Drive)


8.Taip 3 dan tekan Enter. Masukkan drive letter bagi USB drive tadi. Oleh kerana USB drive saya berada pada H:, jadi saya taipkan H.



9.Taip 4 dan tekan Enter. Kemudian taip Y dan tekan Enter untuk format USB drive dengan FAT 32.


10.Tekan apa-apa butang keyboard pada “Creating LocalSource on Temporary Drive”. Tunggu hingga selesai.


11.Tekan apa-apa butang keyboard pada “Making of LocalSource folder $WIN_NT$.~LS Ready”. Tunggu hingga selesai.


12.Klik Yes pada “Copy To USB-Drive - Start File Copy”


13.Klik Yes pada “Change Migrate.inf - USB-stick”


13.Klik Yes pada “Change Migrate.inf - USB-stick”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HOT NEWS