Wednesday, January 22, 2014


Kutub Menyongsang Pada 2015??


KEBANYAKAN media sosial dan blogger kini sibuk memperkatakan fenomena pelik yang berlaku di seluruh dunia dan didakwa sebagai tanda awal kiamat.

Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal.

Perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah.

Beberapa kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin laju iaitu pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak 2 km sehari pada 2013.

Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan.

Jika keadaan itu berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan berubah seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul '2012'.

Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan.
Bagaimana dengan nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada sebaris dengan India, sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada di Antartika.

Bandar pesisir pantai bakal tenggelam dan Australia Barat dipercayai turut mengalami nasib sama serta setengah negara mengalami waktu siang atau malam lebih panjang.

Fenomena medan kutub bumi menyongsang dikhuatiri mengakibatkan bencana alam lebih dahsyat seperti taufan, gempa bumi dan letusan gunung berapi.

Selain itu, ia juga akan memberi kesan besar kepada ekosistem dan migrasi haiwan yang selama ini bergantung kepada perubahan musim dan iklim di sesuatu kawasan.

Medan magnet bumi juga akan menjadi lemah dan terdedah kepada fenomena ribut suria serta sinaran kosmik iaitu partikel bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas.

Pergerakan kutub memang sedang berlaku dan ia boleh dilihat menerusi kejadian bencana alam yang didakwa berpunca daripada pemanasan global dan perubahan iklim secara mendadak sejak akhir-akhir ini.

Pelbagai teori didedahkan menyebabkan saintis menganggarkan medan magnet akan menyongsang dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan pergerakan kutub yang semakin laju.

Adakah keadaan itu akan berlaku atau ia hanya sebuah lagi spekulasi seperti ramalan kiamat 2012 yang digembar-gemburkan pada tahun lalu?


Kiamat menurut Islam

Beberapa hadis dan ayat al-Quran ada menjelaskan persoalan mengenai hari kiamat:

Ibnu Umar RA berkata, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan ALLAH iaitu:

1) Tiada mengetahui apa tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan ALLAH.

2) Tiada siapa mengetahui apa akan terjadi esok hari melainkan ALLAH.

3) Tiada seorang pun mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan ALLAH.

4) Tiada seorang pun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan ALLAH.

5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan ALLAH.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Adakah fenomena pelik melibatkan perubahan ekstrem cuaca dunia dan bencana alam dahsyat adalah satu peringatan atau petanda kepada manusia di akhir zaman?

Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, ‘Tidak akan tiba hari kiamat sehingga ilmu pengetahuan (agama) dilenyapkan, banyak gempa bumi, masa saling berdekatan (semakin singkat), banyak timbul fitnah, banyak huru-hara iaitu pembunuhan, hingga harta benda melimpah ruah di antara kamu.'

(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Sebagai orang Islam, kita wajib percaya bahawa hari kiamat merupakan Rukun Iman ke- 5 akan tiba seperti diterangkan dalam al-Quran.

ALLAH SWT berfirman :
Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.” Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi ALLAH, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”
(Surah Al-A’raf, Ayat 187)


Dan juga pada ayat:
Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi ALLAH.” Dan tahukah kamu (Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya.
(Surah Al-Ahzab, Ayat 63)

Sumber : Sinar Harian

Friday, October 4, 2013


Dapatkan Smartphone Dengan Harga Lelong Di Pompersz Shop.


Salam...

Admin ade buka satu page kat Fb bernama.....Pompersz Shop,hehe..hampir sama dengan nama blog nie kan. Pompersz Shop nie admin bukak untuk menjual Smartphone,Gadjet, dan Servis2 lain dengan tawaran harga yang Paling Murah!!

       Sape yang berminat boleh laa like dan mengikuti Update List Phone yang terkini kat page nie...Jomm Like >> Pompersz Shop





Cara Tingkatkan Like Fanpage FB Percuma!!!


Assalamualaikum,

Bagi anda yang mempunyai Fanpage mesti menginginkan Like yang banyak kannn???
Nah...di sini Pompersz nak share sikit cara tambah Like Fanpage secara PERCUMA!!!!

Caranya adalah dengan melalui AddMeFast.

1. Daftar dahulu akaun dengan AddMeFast....Click di sini untuk daftar >> Daftar<<
2. Lepas daftar, Log in ke akaun AddMeFast kemudian click button Add Site/Page mcm gambar di bawah nie..



3. Akan keluar paparan macam di bawah:
      - Pilih Facebook Like
      - Masukkan Title Page anda or Apa2 saja
      - Masukkan link fanpage facebook anda
      - Dan last sekali...setkan CPC anda.CPC bermaksud bayaran per click. bayaran adalah dalam   
 bentuk point. Biasanya admin set 5 jer.



4. Last skali click Save Changes....selesai.
5. Like di Fanpage anda akan meningkat secara mendadak...Tapi bergantung kepada POINT yg anda miliki.



Monday, September 9, 2013


Dunia Semakin Ke Penghujung


KETIKA ini seluruh umat islam didunia menumpu perhatian pada krisis di Mesir dan Syria tetapi sedarkah kita bahawa ini ada episod terakhir permainan Dajjal sebelum beliau membuka Fasa berikutnya. Tahukah anda, sasaran yang mereka idamkan bukanlah Palestin sebaliknya TANAH SUCI MEKAH dan MADINAH. Tanpa kita sedari ARAB SAUDI kini telah dikepung secara sistematik oleh Zionis (Israel) dan sekutunya Syiah (Iran).

TURKI Uthmaniyah ditumbangkan dan Jatuh ketangan Puak Sekular Ekstreme, walaupun kini diperintah Pemimpin 'Islamik' Erdogan, hakikatnya beliau hanyalah 'Puppet' yang hanya bersuara tapi tidak dapat bertindak kerana dikekang Pengikut Setia Attaturk.

PALESTIN yang sebelum itu makmur dibawah pemerintahan Uthmaniyah ditawan mudah puak kufar sebelum diserahkan pada Zionis.

IRAQ satu-satunya negara yang lantang mempertahankan Palestin secara ketenteraan diceroboh dan diranapkan USA dan negara Salib dengan bantuan sulit dari Syiah (IRAN).

AFGHANISTAN sebuah negara mundur dan miskin yang memiliki hasil bumi paling kaya didunia dirampas oleh USA hasil bantuan Syiah (IRAN) dan segala hasil buminya disalur pada Zionis (Israel).

LIBYA pimpinan Ghadaffi merupakan musuh ketat Negara Salib dijadikan bahan Eksperimen untuk mencetuskan 'Arab Spring'. Rakyatnya dihasut untuk 'BANGKIT' dan dibantu dengan 'Bersungguh-sungguh' oleh Tentera Salib (NATO).

SYRIA adalah sasaran sebenar Operasi Arab Spring yang dirancang Zionis kerana sudah tertulis dalam kitab-kitab lama Yahudi bahawa Syria adalah medan perang Armageddon melibatkan Mesiah@Dajjal dan Al-Mahdi.

MESIR walaupun 'DISERAHKAN' kepada Dr Morsi dari Ikhwanul Muslimin dan dirampas semula oleh Tentera Firaun moden pimpinan Syiah dan Zionis bertujuan menimbulkan kemarahan tak terhingga Umat Islam supaya tercetusnya Armageddon dengan segera.

Lihatlah dipeta, semua negara-negara di sekeliling Arab Saudi telah di tawan dengan secara sistematik.

Telah tertulis di dalam hadis, pada akhir zaman kelak tempat suci umat Islam iaitu KAABAH akan diruntuhkan oleh seorang LELAKI yang berasal dari HABSYAH dan diberi kepercayaan memerintah Rom.

SIAPA LELAKI HABSYAH INI ?

Semua sedia maklum ROM dizaman moden sekarang sudah berhijrah dan kini dikenali sebagai USA melalui sejarah panjangnya. Satu-satunya lelaki Habsyah(kulit Hitam) yang memerintah ialah Presiden terkini USA iaitu BARRACK OBAMA. Ciri-ciri Obama juga mirip seperti yang digambarkan Rasulullah mengenai lelaki Habsyah yang meruntuhkan Kaabah melalui Hadis Riwayat Al-Bukhari dan At-Tabrani :

"DI ANTARA TANDA-TANDA AKHIR ZAMAN IALAH BILA MASA KAABAH AKAN DIRUNTUHKAN DAN PELAKUNYA SEORANG LELAKI BERKETURUNAN HABSYAH YANG DILANTIK MENJADI PEMERINTAH ROMAN. "

SUBHANALLAH...KITA SEMAKIN HAMPIR......!!!

Wallahua'lam. Tanda-tanda akhir zaman dah lama muncul dan akhir-akhir ini semakin nampak tanda-tanda kiamat kubra.

Moga kita semua tetap di jalan kebenaran dan jalan diredhai Allah..Aamiin Ya Rabbal 'Alamin.

Saturday, August 31, 2013


Hukum Menggunakan Ayat Al-Quran Sebagai Ringtone

Apakah hukumnya menggunakan nada dering telefon bimbit dengan bacaan surah Al Quran??


Penggunaan nada dering bacaan al-Quran mula-mula sekali telah diharamkan oleh Majlis Fatwa Ulama’ Saudi pada 17 Nov 2007 didalam mesyuarat yang dihadiri oleh 70 orang perwakilan fiqh dunia dan majlis tersebut telah dipengerusikan oleh Mufti Besar Arab Saudi Shiekh Abdul Aziz Ali al-Syeikh. Menurut ulama yang menghadiri mesyuarat tersebut : “Ia memalukan dan menjatuhkan kedudukan ayat-ayat al-Quran apabila ayat al-Quran yang didengarkan itu secara tiba-tiba ia terhenti, atau yang mendengar mengabaikan bacaan tersebut. Sebaliknya, jika ayat-ayat al-Quran disimpan didalam talipon bertujuan untuk didengari merupakan satu amalan yang mulia (dan bukan untuk nada dering)”.


Pada hari Khamis 12 November 2009 pula, Akademi Penyelidikan Islam, yang diketuai oleh Shiekh Dr Mohamed Sayed Tantawi rh. mengharamkan penggunaan al-Quran sebagai nada dering dengan kata beliau :

إساءة للقرآن، بما لا يتفق مع جلاله وقدسيته
“Ia merupakan penyalah gunaan al-Quran, tidak bertepatan dengan keAgungan dan kemuliaanya”.

Menurut Setiausaha Akademi tersebut, al-Azhar telah mengikuti keputusan yang difailkan oleh ahlinya Sheikh Mustafa Shaka yang menyeru pihak al-Azhar mengharamkan penggunaan al-Quran sebagai nada dering. Keputusan dibuat atas dasar “ayat2 yang digunakan tidak sesuai dengan keAgungan al-Quran. Ayat-ayat yang dibacakan pun tidak habis / putus.” Al-Azhar juga telah mengarahkan pihak Telco di Mesir mengharamkan penggunaan al-Quran sebagai nada dering. 

Wallahua'lam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HOT NEWS