Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yg. menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yg. mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 24 perkara-perkara yg. Jangan dilakukan yg. seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri. :
- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH s.w.t
- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita
- Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
- Jangan biarkan pinggan mangkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan
- Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)
- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan
- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan
- Jangan pakai kasut atau selipar yg. Berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan
- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa
- Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya
- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa
- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah
- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim
- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w. t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal
- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita
- Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa
- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org kepada kita
- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg. teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w. t
- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat
- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin
- Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHIM dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama
- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s. w. t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA
- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s. w. t itu lebih mengetahui.
terima kasih, salam hormat.
ReplyDelete