Mengapa
Manusia Ditimpa Bencana? Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi
daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa
bencana iaitu:
1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan)
diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.
2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).
3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.
5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.
6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa
sendiri.
7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.
8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam
masjid.
9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina
oleh mereka.
10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan
buruknya.
11. Apabila arak menjadi minuman biasa.
12. Apabila lelaki memakai sutera.
13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.
14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.
15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka
pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting
beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.
No comments:
Post a Comment