Sunday, June 30, 2013

Home » » Fakta Tentang Mimpi

Fakta Tentang Mimpi


  1. Manusia menghabiskan masa sekurang-kurangnya 6 tahun dalam hidup mereka dengan bermimpi
  2. Beribu tahun dulu, Orang Mesir adalah yang pertama mencipta kamus mimpi dalam sekitar 4000 sebelum masihi.
  3. Dianggarkan kita menghabiskan masa 1/3 dari hidup kita untuk tidur
  4. Mereka yang mengalami gangguan mental, kurang aktiviti mimpi
  5. Otak kita lebih aktif ketika kita tidur jika dibandingkan dengan ketika kita jaga.
  6. Manusia dianggarkan mempunyai lebih kurang 3-7 mimpi dalam semalam. Kita mimpi 2-3 jam untuk semalam
  7. 90% daripada mimpi hilang 1 minit selepas kita bangun
  8. Lelaki lebih banyak bermimpi mengenai lelaki jika dibandingkan perempuan yang bermimpi kedua-dua jantina.
  9. Pengambilan dadah boleh mengakibatkan mimpi yang lebih beremosi. Orang yang berhenti dari mengambil alcohol dan rokok mengalami mimpi yang lebih berat dan ngeri.
  10. Agak sukar untuk bermimpi ketika kita berdengkur
  11. Bayi tidak bermimpi tentang diri mereka sehinggalah mereka mencapai umur 3 tahun.
  12. Wujud kelainan dalam kandugan mimpi di antara kedua jantina,khususnya  wanita akan bermimpi mengenai anak-anak,keluarga atau barangan rumah. Manakala lelaki lebih kepada tentang orang yang tidak dikenali, kekejaman, aktiviti seksual,pencapaian dan aktiviti luar.
  13. Konsep mimpi adalah sama dilaporkan seluruh dunia, kehilangan gigi, jatuh atau terbang,pameran,dating lewat dalam ujian,dikejar atau diserang dan aktiviti penting lain
  14. Mimpi selalunya bukan sesuatu yang gembira dan emosi yang selalu terlibat adalah marah,sedih dan takut
  15. Aktiviti biasa seperti memberus gigi jarang muncul dalam mimpi kita.
  16. Orang yang terkenal memang sangat jarang untuk masuk dalam mimpi kita. Kita lebih kerap mengalami mimpi mengenai orang yang rapat dengan kita lebih-lebih lagi dengan orang yang kita sedang berada dalam konflik.
  17. SItuasi yang berlaku dimimpi kebiasaannya melibatkan orang yang bermimpi dan 2 orang yang lain
  18. Kebanyakan mimpi berlaku dalam rumah-tetapi selalunya bukan rumah kita sendiri. Kebanyakan mengatakan mereka sering bermimpi di ruang tamu. Kita jarang bermimpi mengenai tempat kerja atau sekolah.
  19. Tidak akan berlaku logic  dalam mimpi,sebagai contoh mimpi mungkin dialami di satu tempat secara tiba-tiba orang yang bermimpi itu berada di tempat lain.
  20. Kebanyakan mimpi adalah berdasarkan bantuan imej (kecuali bagi meeka yang dilahirkan buta atau kehilangan pengelihatan di awal usia) Kebiasaannya mimpi akan mempunyai bunyi dan sentuhan
  21. Zirafah Cuma tidur lebih kurang 2 jam sehari
  22. Jika kita elak dari tidur lebih dar i 10 hari, kita akan mati
  23. Purata kucing tidur lebih kurang 10-15 jam sehari
  24. Dalam purata,anjing tidur lebih kurang 10-13 jam sehari
  25. Maklumat yang kita belajar sebelum tidur akan lebih melekat lama dengan kita jika dibandingkan dengan maklumat di masa yang lain.
  26. Badan kita membakar Kalori lebih banyak ketika kita tidur
  27. Lebih sejuk rumah kita,lebih teruk mimpi yang kita alami. Mereka kata kita akan mengalami mimpi yang lebih baik  pada suhu yang sederhana
  28. Kita boleh menafsirkan lebih dari 5000 simbol mimpi
  29. Mimpi ngeri berlaku lebih kerap kepada kanak-kanak berbanding orang dewasa
  30. Perempuan lebih banyak mengalami dejavu dimana mereka telah berada dalam mimpi yang sama beberapa kali jika dibandingkan lelaki.
  31. Orang buta juga bermimpi namun mimpi mereka lebih melibatkan kepada pendengaran jika mereka memang dilahirkan buta. Namun bagi yang tidak buta bukan sejak lahir, mengalami mimpi mengenai apa yang mereka ingati sebelum mereka buta.
  32. Silang budaya menunjukkan bahawa mimpi kita mencerminkan  kehidupan normal di negara dan budaya kita sendiri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HOT NEWS